Hello and welcome to beautiful Education Resources.

Archive for January, 2010

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri (Mastery Learning)

PENGENALAN – Pengertian Pembelajaran

Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya ‘The Condition of Learning’ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

(more…)

Posted on 20 January '10 by Jue, under Pengajaran dan Pembelajaran. No Comments.

Etika Profesional

Definisi Etika
Etika adalah berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “ethos”. Ia merujuk kepada adat kebiasaan, watak atau prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak, sama ada perbuatan itu betul atau salah dan tidak serupa bagi setiap individu. Gluck (1986) telah mendifinasikan etika sebagai, “kajian filosofikal terhadap moraliti”. Manakala Shea (1988:17) pula mendefinisikan etika sebagai “prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesion” dan sebagai “satu piawaian tingkahlaku “.

Dalam erti kata yang lebih luas, etika merupakan satu teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan sekadar bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkah laku manusia serta prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu.

(more…)

Posted on 16 January '10 by Jue, under Psikologi. No Comments.

Essay Writing: A Particularly Meaningful Incident or Event

I still remember during my school day a very meaningful event had happen to me and my sister. Early one morning, my parents received an urgent phone call asking them to go somewhere. Unable to take us with them, they left us at home. Being the eldest, I and my sister Rima was told to take care of my seven-year-old brother, Boy, and my three-year-old sister Rina.

“No problem,” we told our parents confidently. “Go and don’t worry about a thing. You can be sure that everything went smoothly.”

The two children played peacefully. After that, it was as if World War III had broken out.

Three-year-old Rina and seven-year-old Roy went for each other’s throats over some building blocks. It was an awesome sight to see the tiny girl fighting with her much bigger brother. It was not unlike a midget fighting with a giant. I put my arms around my younger brother to stop him pummeling his younger sister. If any of his blows landed on the tiny tot, the consequences would have been disastrous while the tiny fist of the tiny little girl hitting him will have the same effect as feathers falling on his body.

(more…)

Posted on 5 January '10 by kulanz, under Writing. 2 Comments.